Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Kak Wani dan Kak Intan serta kawan-kawan...
Komen sy tentang kelas tutorial yang dikendalikan oleh kakak-kakak GRF ialah kelas ni memang best sangat. Pelbagai perkara yang sy pelajari yang selama ini sy tak tahu. Sebagai contohnya penggunaan software adobe photoshop, movie maker, picasa, blog, weebly, dan sebagainya. Akan sy gunakan ilmu ini untuk diaplikasikan dalam kehidupan sy. Harap, kelas sebegini dapat diteruskan dan ditambahbaikkan untuk generasi masa hadapan. Terima kasih kepada kak wani n kak intan sebab ajar sy pelbagai kemahiran untuk berkarya. Hidup Sastera Melayu!!! Terima kasih semua!!!!! (^-^)
Isnin, 17 Disember 2012
SAJAK BUAT TEMAN
Keakraban yang terjalin,
Keintiman yang tercipta,
Kesempurnaan yang nyata,
Hubungan ini ku sedari...
Bukan sekadar ucapan,
Keintiman yang tercipta,
Kesempurnaan yang nyata,
Hubungan ini ku sedari...
Bukan sekadar ucapan,
Bukan sekadar nukilan,
Bukan jua sekadar luahan...
Hakikatnya persahabatan ini,
Sangat indah dan dipenuhi pelangi keriangan,
Keikhlasan resipinya,
Kesetiaan ramuannya...
Duhai sahabat,
Sedarlah bahawa,
Hanya kau pendengar cerita,
Hanya kau pengisi jiwa,
Ku panjatkan seribu kesyukuran,
Atas kehadiranmu dalam hidupku...
JoM Belajar Pantun TEKA-TEKI
Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?
Jawapan: Mancis
Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Jawapan: Baju Hujan
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Jawapan: Buah Hati
Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
Jawapan: Buah Melaka
Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
Jawapan: Bintang
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
Jawapan: Kasut Bertali
Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
Jawapan: Ular Dan Katak
Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
Jawapan: Lemang
Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.
Jawapan: Belon
Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.
Jawapan : Payung
Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?
Jawapan: Mayat
Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.
Jawapan: Anai-anai/Semut
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?
Jawapan: Mancis
Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Jawapan: Baju Hujan
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Jawapan: Buah Hati
Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
Jawapan: Buah Melaka
Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
Jawapan: Bintang
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
Jawapan: Kasut Bertali
Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
Jawapan: Ular Dan Katak
Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
Jawapan: Lemang
Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.
Jawapan: Belon
Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.
Jawapan : Payung
Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?
Jawapan: Mayat
Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.
Jawapan: Anai-anai/Semut
Langgan:
Catatan (Atom)